SEREMBAN - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN),Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Menteri Pertahanan menepati ramalan apabila mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dengan majoriti 10,280 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, pada Sabtu.
Berdasarkan data keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Timbalan Presiden UMNO itu memperoleh 16,957 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas, Rembau Rozmal Malakan yang mendapat 6,677 undi.