Tuduhan terhadap saya, tambah majoriti di DUN - Mohd Amar

Iklan
Mohd Amar bersyukur tuduhan yang dilemparkan kepada beliau membantu menambahkan majoriti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

KOTA BHARU - Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah bersyukur tuduhan yang dilemparkan kepada beliau membantu menambahkan majoriti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

"Yang menyerang saya memang musuh politik, memang kerja dia. Kita hendak buat macam mana," katanya semasa sidang akhbar di sini pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Sebelum itu, tular satu kempen yang mengajak rakyat menolak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor sebagai calon Menteri Besar Kelantan.

Ia susulan wujudnya desas-desus mengatakan Mohd Amar akan naik pangkat sebagai Menteri Besar selepas Datuk Ahmad Yakob dikatakan tidak mahu menggalas tanggungjawab itu atas faktor kesihatan.

Iklan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalannya, Datuk Mohd Amar Abdullah akan digantikan dengan kepimpinan baharu sekiranya Pas berjaya mengekalkan pentadbiran di negeri itu pada pilihan raya negeri (PRN), 12 ogos ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perkara tersebut diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Harian Pas Pusat yang dipengerusikan Presiden parti, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada 10 Ogos lalu di Rusila, Terengganu.

Iklan

Katanya, Pas mencadangkan tawaran kepimpinan kerajaan negeri di bawah pentadbiran parti itu dan Perikatan Nasional (PN) bagi Kelantan, Terengganu dan Kedah.