SHAH ALAM - Satu kebakaran berlaku melibatkan beberapa kontena di atas kapal kargo yang dalam pelayaran ke Pelabuhan Klang dekat sini awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 1.30 pagi, membabitkan kapal KMTC Shenzhen di kawasan lebih kurang enam batu nautika barat daya Pulau Pintu Gedong.