Undi DUN Chennah meningkat - Anthony

Iklan
Anthony (empat dari kiri) bersama kepimpinan Kerajaan Perpaduan.

SEREMBAN - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menyifatkan kesepakatan dalam gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan membawa perubahan kepada undi Dewan Undangan (DUN) Chennah lebih tinggi.

Menurutnya, ia jelas apabila kemenangan majoriti yang diperolehinya bertambah dengan memperoleh 5,888 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti 2,200 undi iaitu lebih tinggi daripada pilihan raya umum pada 2018.

Iklan
Iklan

"Kita berasa gembira dapat mempertahankan semua kerusi yang kita menangi dulu, kerusi mencabar melibatkan kerusi campuran.

"Ada ramai pengundi Melayu dan juga Orang Asli itu satu keputusan yang signifikan kita merasakan bahawa pentingnya dalam menguatkan lagi kesepakatan ini supaya kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan ini dapat memberikan satu kestabilan politik kepada negeri kita," katanya selepas pengumuman keputusan PRN Negeri Sembilan di sini pada Sabtu.

Iklan

Anthony Loke berkata, kebanyakkan kerusi yang dipertandingkan menunjukkan peningkatan majoriti tinggi.

" Contohnya di beberapa pusat daerah mengundi DUN Chennah dengan kemenangan lebih 50 peratus undi di kampung yang 100 peratus terdiri daripada orang Melayu.

Iklan

"Ini menunjukkan peratusan undi yang memberangsangkan seperti yang saya katakan calon DAP dari dulu tidak pernah memecah lebih 30 peratus undi Melayu dan DUN Chennah saya jangkakan sokongan pengundi Melayu yang lebih tinggi," katanya.

Dalam pada itu, beliau yakin kerjasama BN dan PH akan mewujudkan sebuah Kerajaan Perpaduan yang kuat dan dengan adanya ramai tokoh berpengalaman.

"Ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mempunyai banyak pengalaman dalam dewan, dapat berkhidmat menyumbang tenaga ke arah kesejahteraan rakyat," katanya.

Tambah Anthony Loke, Kerajaan Perpaduan juga dianggotai dua menteri kabinet iaitu beliau sebagai Menteri Pengangkutan dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang sudah tentu menyumbang kepada pembangunan kerajaan negeri.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!