PRN Selangor: PH-BN timbang fail petisyen pilihan raya 4 kerusi

Iklan
Dari kiri: Johan, Gobind, Amirudin dan Izham pada majlis pengumuman keputusan PRN Selangor di sebuah hotel di Klang malam Sabtu.

KLANG - Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berhasrat memfailkan petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan beberapa kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya negeri (PRN) di Selangor.

Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerusi tersebut ialah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Taman Medan, Gombak Setia dan Dengkil, yang majoriti kemenangan adalah rendah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, keputusan bagi empat kerusi terbabit menyaksikan gabungan PH dan BN tewas dengan 407 undi di Dengkil, Sungai Kandis (167), Gombak Setia (58) dan Taman Medan (30).

"Selain majoriti rendah, kita juga ambil maklum ada beberapa hal boleh dipertimbangkan untuk dibuat petisyen, seperti kes kertas undi tidak dikembalikan di Sungai Kandis.

Iklan

Hadir sama, Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo; Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor, Ir Izham Hashim dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Johan Abd Aziz.

Ketika mengulas mengenai prestasi Kerajaan Perpaduan pada PRN Selangor, Amirudin berpandangan, saingan diberikan PN tidak terlalu sengit.

Iklan

Malah jelasnya, beberapa kerusi DUN yang dimenangi PN hanya mendapat majoriti di bawah 200 undi.

"Kita bukan anggap terlalu sengit walaupun ada cabaran getir, sekarang kita ada 34 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berbanding 22 kerusi DUN PN, kita mempunyai 12 kelebihan di Dewan Undangan Negeri.

"Saya percaya kita akan teliti beberapa keputusan dicatatkan di bawah 500 undi, agak banyak (kerusi DUN) seperti di Taman Medan, Sungai Kandis, Dengkil dan Gombak Setia, tiga kerusi itu kalah di bawah 200 undi," ujarnya.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!