Malaysian Tigers naib juara Trofi Juara-juara Asia

Iklan
Malaysian Tigers. -Foto Asian Hockey Federation

HASRAT skuad hoki lelaki negara untuk mencipta sejarah saingan Trofi Juara-Juara Asia tidak kesampaian apabila tewas 3-4 kepada India dalam perlawanan akhir di Stadium Mayor Radhakrishnan, Chennai pada Sabtu.

Tampil dengan reputasi pasukan pilihan, India terlebih dulu di depan hasil pukulan sudut penalti Jugraj Singh pada minit kesembilan.

Iklan
Iklan

Namun Malaysian Tigers kendalian Arul Selvaraj kembali semula dalam perlawanan apabila Azrai Aizad Abu Kamal berjaya menyamakan kedudukan hasil gol padang pada minit ke-14.

Gol itu ternyata menyuntik semangat para pemain negara apabila Razie Abd Rahim melebarkan jaringan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-18.

Iklan

Separuh masa kedua anak buah Craig Fulton meningkatkan tekanan dengan menggandakan asakan ke kubu Malaysian Tigers.

Hasilnya, Harmanpreet Singh berjaya menghidupkan talian hayat pasukannya apabila menyempurnakan pukulan penalti pada minit ke-45.

Iklan

India terus mengasak bertali arus menyaksikan kubu Malaysian Tigers bolos lagi menerusi gol padang hasil sentuhan Gurjant Singh.

Akashdeep Singh muncul wira India apabila meledak gol padang pada minit ke-56.