Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin (kiri, tengah) menyempurnakan Majlis Pelepasan 'Adventure Marathon Kayak Trip' di Melaka, hari ini.
Sebanyak 23 peserta melibatkan enam kayak mendayung secara bergilir-gilir sejauh 42 kilometer dari Jabatan Laut Malaysia dan Marina Awam Melaka di Kota Laksamana di sini ke Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Kayuhan yang dijangka mengambil masa kira-kira 13 jam itu merupakan salah satu inisiatif mempromosikan Tahun Melaka Melaka 2024 (TMM 2024). - Foto Bernama