Radhi, Baddrol Bakhtiar usaha tunai janji, khidmat kepada rakyat

Iklan
Radhi Mat Din (kiri), Baddrol Bakhtiar

ALOR SETAR - Sokongan pengundi muda menjadi antara faktor utama legenda bola sepak Kedah, Radhi Mat Din berjaya menewaskan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar dengan majoriti 9,671 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu.

Radhi yang menang Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu mewakili Perikatan Nasional (PN) memperoleh 18,500 undi berbanding Mahfuz yang meraih 8,829 undi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penduduk di DUN tersebut membuat suatu perubahan serta kesedaran yang tepat pada masanya dan beliau akan berusaha melaksanakan apa yang dijanjikan.

"Tidak dinafikan bahawa gelombang ini adalah salah satu faktor yang penting, tetapi dalam politik semasa ini, anak muda juga sudah 'mengetahui' corak pemerintahan PH dan ini menyebabkan mengapa mereka menolak.

Iklan

Seorang lagi bekas pemain bola sepak Kedah, Baddrol Bakhtiar yang mewakili PN turut menang di DUN Gurun dengan memperolehi 17,771 undi menewaskan pencabarnya dari Pakatan Harapan, Firdaus Johari yang memperoleh 11,187 undi.

Beliau secara rasmi memenangi kerusi DUN Gurun dengan majoriti 6,584 undi.

Iklan

Baddrol dalam reaksinya menghargai sokongan dan dorongan dari seluruh warga Gurun atas kepercayaan kepadanya untuk berkhidmat di DUN ini.

"Sekalung penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada seluruh jentera Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Gerakan yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dari awal sehingga ke akhirnya. Yang pasti, perjuangan ini bukanlah pengakhirnya.

"Dengan ini, secara tidak langsungnya bermulalah amanah dan khidmat bakti saya selaku ADUN Gurun.

"Mohon doa semua, insya-ALLAH dengan segala kudrat yang ada, akan saya lakukan yang terbaik. Mandat ini untuk rakyat," katanya yang dipetik melalui Facebook rasminya.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!

ARTIKEL BERKAITAN: Dua bekas pemain bola sepak negara menang dalam PRN

[RASMI] Mahfuz kalah di Alor Mengkudu