Abdul Hadi akan persembah calon Menteri Besar Terengganu

Iklan
Abdul Hadi

MARANG - [DIKEMAS KINI] Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang akan menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bagi mempersembahkan calon yang akan diangkat sebagai menteri besar bagi membentuk kerajaan baharu.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, majlis angkat sumpah menteri besar akan dilakukan sebaik mendapat perkenan Sultan.

Iklan
Iklan

Katanya, proses pembentukan kerajaan negeri termasuk barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dijangka diselesaikan dalam tempoh seminggu.

"Namun, tarikh tepat bagi majlis angkat sumpah adalah tertakluk kepada istana dan kita jangka ia dapat diselesaikan dalam tempoh seminggu," katanya ketika ditemui pemberita di Rusila, di sini, malam Sabtu.

Iklan

Dalam perkembangan sama, katanya barisan Exco yang akan dilantik juga akan distruktur semula termasuk melantik dalam kalangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

"Itu (barisan exco) masih dlm pertimbangan kerana kita kena teliti pelbagai perkara kerana kita sekarang menjadi sebuah parti muafakat politik dalam Perikatan Nasional (PN).

Iklan

"Sudah tentulah ada pertimbangan dan penambahbaikan dalam portfolio yang perlu diharmonikan... Kita akan ambil masa untuk teliti semula kedudukan portfolio ini," ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang itu.

PRN Terengganu dan PRK Kuala Terengganu yang berlangsung pada Sabtu mencipta sejarah selepas semua calon PN memenangi kesemua 32 kerusi DUN yang ditandingi termasuk satu kerusi Parlimen.

Daripada jumlah itu, sebanyak 27 kerusi ditandingi calon Pas manakala lima lagi kerusi oleh calon Bersatu.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!