BINTANG berprofil tinggi Neymar berkemungkinan akan meninggalkan juara Ligue 1 Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) dengan tawaran yang datang dari Arab Saudi.
Pemain Brazil itu menyertai PSG dengan rekod 220 juta euro (RM1.1 bilion) dari Barcelona pada 2017.
Bagaimanapun penyerang berusia 31 tahun itu hilang daripada perlawanan pembukaan musim PSG menentang Football Club Lorient Bretagne Sud di Parc des Princes.
Ketiadaan penyerang Brazil itu ketika PSG melakar keputusan seri tanpa jaringan menentang Régis Le Bris menimbulkan pelbagai spekulasi.
Sumber itu berkata, Neymar sedang berbincang dengan sebuah kelab dari Liga Pro Saudi yang kemudiannya perlu mencapai persetujuan dari PSG.
Akhbar sukan Perancis L'Equipe melaporkan bahawa Al-Hilal adalah kelab yang telah membuat tawaran untuk pemain berusia 31 tahun itu.
Bulan lalu Al-Hilal bersedia menawarkan RM232 juta kepada PSG bagi mendapatkan Neymar yang ketika ini memiliki kontrak sehingga 2025.
Neymar menjalani pembedahan pada buku lali kanannya pada awal Mac, kembali menyertai PSG dalam jelajah pramusim di Asia.
PSG disokong Qatar sebuah kelab dalam keadaan tidak menentu selepas pemergian Lionel Messi dan terkini bintang Perancis Kylian Mbappé hanya menyaksikan perlawanan menentang dari tempat duduk penonton selepas diketepikan selama beberapa minggu.