Sabah teruskan misi pendakian kelompok terbaik Liga Super

Iklan
Pemain KL City, Kamal Azizi berusaha mengekang kemaraan Sabah, Telmo Castanheira dalam aksi Liga Super di Stadium Likas pada Ahad. - Foto Sabah Football Club

SABAH FC meneruskan misi pendakian kelompok terbaik Liga Super selepas mengalahkan Kuala Lumpur (KL) City, 3-2 dalam perlawanan di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada Ahad.

Anak buah Datuk Ong Kim Swee tampil dengan misi memadam memori pahit dibelasah pendahulu liga, Johor Darul Ta;zim (JDT) 1-5, 9 Ogos lalu bermula garang.

Iklan
Iklan

Namun ketumpulan jentera penyudah The Rhinos dan The City Boys menyaksikan kedua-dua pasukan menuju ke bilik persalinan di separuh masa pertama tanpa jaringan.

Separuh masa kedua, pengendali baharu KL City, Nenad Bacina melakukan perubahan taktikal menyaksikan pasukan pelawat menggandakan asakan.

Iklan

Bagaimanapun, The Rhinos terlebih dulu memimpin perlawanan menerusi sentuhan Stuart Wilkin pada minit ke-51.

Biarpun begitu, anak buah Bacina kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-60 menerusi Romel Morales.

Iklan

Gol itu ternyata menyuntik semangat para pemain The City Boys apabila Muhammad Haqimi Azim Rosli menambah jaringan pada minit ke-71.

Bagaimanapun itu tidak kekal lama apabila Park Tae-su meledak jaringan pada minit ke-80 selepas menyudahkan hantaran Saddil Ramdani.

Ketika perlawanan seolah-olah berakhir dengan keputusan seri, Gabriel Peres muncul wira The Rhinos apabila meledak jaringan pada minit ke- 89.

Tiga mata itu menyaksikan Sabah memperkukuh kedudukan liga untuk berada di tangga keempat liga dengan 39 mata - 12 menang, tiga seri, enam tewas selepas mengharungi 21 perlawanan.

KL City pula kekal di kedudukan ketujuh liga dengan 28 mata tujuh menang, tujuh seri, enam tewas, setelah mengharungi 20 perlawanan.