Tottenham, Brentford sama kuat di Stadium Komuniti Gtech

Iklan
Antara aksi menarik Tottenham Hotspur menentang Brentford dalam perlawanan di Stadium Likas pada Ahad. - FOTO: AGENSI

TOTTENHAM Hotspur memberikan pengendali baharu, Ange Postecoglou kemunculan pertama Liga Perdana Inggeris dengan debaran tahap tinggi apabila meraih keputusan seri 2-2 menentang Brentford di Stadium Komuniti Gtech pada Ahad.

Aksi Tottenham buat pertama kali tanpa kelibat Harry Kane yang menyertai gergasi Bundesliga Jerman, Bayern Munich menyaksikan pemain baharu James Maddison menyarung jersi nombor 10.

Iklan
Iklan

Tandukan Cristian Romero meletakkan Tottenham di hadapan pada minit ke-11 selepas pemeriksaan video bantuan pengadil (VAR)

Bagaimanapun Brentford menyamakan kedudukan buat The Bees hasil sepakan penalti Bryan Mbeumo pada minit ke-26 seblum rembatan Yoane Wissa pada minit ke-36 membolehkan pasukan tersebut berada di depan.

Iklan
Iklan

Begitupun Tottenham yang mengucapkan selamat tinggal kepada Kane selaku penjaring terbanyak kelab itu untuk bersama Bayern Munich pada Sabtu akhirnya menyamakan kedudukan 2-2 pada masa kecederaan separuh masa pertama apabila Emerson Royal bijak menyambar hantaran Maddison.