Janna Nick makin pulih selepas alami masalah radang usus

Iklan
Perkongsian Janna Nick menerusi akaun Instagramnya.

PELAKON dan pengarah, Janna Nick semakin pulih daripada masalah sigmoid colitis atau radang usus.

Menerusi perkongsian yang dibuat Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 28, menerusi akaun Instagramnya, dia sudah dibenarkan keluar dari hospital.

Iklan
Iklan

"Discharged (keluar hospital), but still recovering (dalam proses penyembuhan),” tulisnya.

Difahamkan, Janna mengalami sakit perut pada Khamis lalu sehingga menyukarkannya berjalan dan dikejarkan ke hospital.

Iklan

Hasil pemeriksaan doktor, pengarah telefilem Deren itu dikesan mengalami sigmoid colitis dan semakin pulih selepas empat hari mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan swasta.

Iklan