Chelsea, Liverpool seri di Stamford Bridge

Iklan
Sentuhan Disasi memastikan satu mata milik Chelsea ketika berdepan Liverpool di London. - Foto Agensi

PENGENDALI baharu Chelsea, Mauricio Pochettino melihat The Blues bangkit selepas ketinggalan satu gol untuk mengikat Liverpool, 1-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Stamford Bridge.

Luis Diaz terlebih dulu meletakkan Liverpool kendalian Jurgen Klopp di depan seawal minit ke-18 selepas menjelmakan sentuhan Mohamed Salah bagi memimpin perlawanan di London tersebut.

Iklan
Iklan

Liverpool berpeluang melebarkan jaringan namun kelibat Salah didapati offsaid sebelum dia melepasi bola melepasi penjaga gol Robert Sanchez, salah seorang daripada empat pemain sulung dalam kesebelasan utama Chelsea itu.

Chelsea kemudiannya meningkatkan tekanan bagi pencarian gol penyamaan biarpun berdepan kekentalan bahagian pertahanan Liverpool.

Iklan

Gol penyamaan Chelsea akhirnya hadir menerusi jaringan Axel Disasi, bintang Perancis yang disambar dari kelab AS Monaco apabila menterjemahkan sentuhan Ben Chilwell.

Dua minit kemudian, Chilwell berpeluang meletakkan kelab London itu memimpin perlawanan selepas mengatasi penjaga gol Alison Becker, namun dibatalkan kerana offsaid.

Iklan

Sebagai rekod, perlawanan yang menampilkan penguasaan bola Chelsea selepas rehat tetapi gagal mendapatkan gol kedua, merupakan perlawanan berintensiti tinggi apabila saingan Liga Perdana Inggeris menyingkap tirai pada awal pagi Sabtu.