TEHRAN - Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh selepas dua lelaki bersenjata menyerang masjid Shah Cheragh di Shiraz, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik media Iran pada Ahad.
Tujuh lagi cedera dalam serangan itu dan dua pekerja masjid serta dua jemaah adalah antara yang terbunuh.
Iklan
Iklan
Kumpulan militan Daesh mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.
Pada Oktober 2022, serangan serupa di masjid itu membunuh 13 orang dan mencederakan lebih 20 yang lain.
Berikutan serangan pada Ahad lepas, pasukan keselamatan Iran menutup semua laluan masuk ke masjid dan mengepung kawasan itu.
Laporan awal mengenal pasti dua pengganas terlibat dalam serangan itu, dengan seorangnya berjaya ditahan oleh pasukan keselamatan. - Bernama