BUENOS AIRES - Argentina pada Ahad menjalankan pilihan raya awal untuk memilih calon-calon presiden yang akan bertanding dalam pilihan raya umum pada 22 Oktober, lapor Xinhua.
Pusat mengundi yang dibuka di 17,431 sekolah awam dan swasta di seluruh negara ditutup pada jam 6 petang waktu tempatan (2100 GMT), kata Dewan Pilihan Raya Kebangsaan.
Iklan
Iklan
Kira-kira 35,394,425 warga Argentina layak mengundi (pengundian adalah wajib di Argentina) dan menjelang 5 petang waktu tempatan (2000 GMT), 61.5 peratus pengundi telah mengundi.
Pengundi boleh memilih senarai 17 calon presiden dan sekutunya untuk penggal presiden 2023-2027.
Mana-mana calon yang memperoleh sekurang-kurangnya 1.5 peratus undi, layak menyertai pilihan raya umum. - Bernama