MASIH tercari-cari makanan yang mengenyangkan sepanjang Ramadan?
Apa kata cuba nikmati oat, ia bukan sahaja baik untuk mengawal tahap kolestrol dalam badan bahkan juga ia memang mengenyangkan. Kena cuba dahulu baru anda tahu kesannya.
Caranya cukup mudah, hanya simpan oat semalaman di dalam peti sejuk.
1) bekukan oat semalaman sebelum menjamahnya sewaktu bersahur.
Iklan
2) Campurkan oat bersama beberapa bahan lain seperti kacang, kismis dan juga kurma di dalam satu bekas.
3) Kemudian tuangkan susu segar sehingga menutupi lapisan oat dan simpan dalam peti ais.
Iklan
4) Nak lagi sedap, tambah lagi satu lapisan serbuk milo.
Bangun sahur nanti, buka peti dan terus nikmati oat tersebut. Sangat sedap!