Kibaran Jalur Gemilang di Putrajaya

Iklan
Jalur Gemilang dipasang di sekitar jalan-jalan utama di Putrajaya bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan" tema yang dipilih bagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023, mempunyai maksud yang cukup bermakna untuk dihayati segenap lapisan rakyat.

Tema tahun ini bertepatan dengan landskap sosiopolitik negara dan mengajak rakyat mengukuhkan semangat perpaduan dalam menghadapi pelbagai cabaran termasuk ketidaktentuan ekonomi global.