Jet pejuang tentera kejut bangun sahur

Iklan
Antara kumpulan yang terlibat dalam tradisi mengejut penduduk untuk bersahur.

JAKARTA - Angkatan Tentera Udara Indonesia (TNI-AU) mengumumkan ia akan menyertai tradisi mengejut penduduk untuk bangun sahur sepanjang bulan Ramadan.

Menerusi akaun Twitter @_TNIAU, tentera udara memaklumkan latihan jet pejuang itu akan dilakukan di beberapa bandar di Pulau Jawa seperti Surabaya di Jawa Timur, Surakarta, Klaten dan Sragen di Jawa Tengah serta Yogyakarta.

Iklan
Iklan

"INSYA ALLAH, kami akan menjalankan tradisi itu," jelas tweet tersebut.

Sementara itu, jurucakap TNI-AU, Kolonel Sus M Yuris berkata, misi tersebut bukan semata-mata untuk mengekalkan tradisi mengejut penduduk bangun sahur sebaliknya adalah untuk memastikan pasukan juruterbang mereka tidak melakukan latihan ketika sedang berpuasa.

Iklan

Menurut pakar perubatan, waktu menjelang subuh adalah masa yang sesuai untuk juruterbang jet pejuang berlatih.

"Mereka dinasihatkan supaya tidak berlatih sehingga 10 pagi kerana ketika itu paras gula dalam darah kebanyakan individu mula menurun dengan kadar yang cepat. Juruterbang disyorkan tidak mengendalikan jet pejuang ketika paras gula dalam darah mereka rendah,"ujarnya.

Iklan

Jelasnya lagi, ia adalah 'misi gabungan' untuk mengejut penduduk bangun sahur dan berlatih.

Difahamkan, program waktu menjelang subuh dimulakan TNI-AU sejak beberapa tahun lalu dan dua jet pejuang yang biasanya digunakan adalah F-16 dan T50i. - Agensi