HAMMERFEST, Norway - Seorang gadis bersama rakan berkunjung ke pantai di Hammerfest, Norway dengan harapan dapat melihat paus Beluga.
Ina Mansika dan rakan-rakannya berhasrat melihat paus Beluga yang dikatakan sering berada di kawasan terbabit sejak ditemukan sekumpulan nelayan pada bulan lalu.
Iklan
Iklan
Ketika berada di sebuah jeti sambil menantikan kelibat haiwan tersebut, telefon bimbit Mansika terjatuh ke dalam air.
Awalnya, Mansika menerima kenyataan telefon bimbitnya telah hilang buat selama-lamanya namun sesuatu yang mengejutkan berlaku apabila seekor ikan paus Beluga mengembalikan telefon bimbitnya.
"Saya menyangka akan kehilangan telefon bimbit itu namun seekor paus Beluga menyelam ke dalam air dan kembali dengan telefon saya di dalam mulutnya," kata Mansika.
Teman Mansika bernama Isa Opdahl Larsson sempat merakam detik istimewa itu dan memuat naik video tersebut di laman Instagram di mana ia telah ditonton lebih 160,000 kali. - Mirror
Artikel Berkaitan