Sembilan maut kuil runtuh akibat hujan lebat di India

Iklan
Sebuah kuil ranap akibat tanah runtuh di negeri imachal Pradesh. - Agensi

NEW DELHI - Seramai sembilan orang maut manakala puluhan dikhuatiri terperangkap selepas sebuah kuil Hindu purba ranap akibat tanah runtuh disebabkan hujan lebat yang melanda negeri utara Himachal Pradesh, lapor BBC.

Sejak kebelakangan ini, Himachal Pradesh menerima hujan lebat dan mencetuskan banjir dan tanah runtuh.

Iklan
Iklan

Dalam bencana itu, seramai 21 orang maut dalam tempoh kurang 24 jam akibat bencana berkaitan hujan.

Ketua Menteri, Sukhvinder Singh Sukhu yang berada di lokasi kejadian memberitahu wartawan bahawa sekurang-kurangnya 20 hingga 25 orang terperangkap di bawah runtuhan kuil tersebut.

Iklan

Setiap tahun, ribuan pelancong melawat Himachal Pradesh, terutamanya ibu kota Shimla untuk menikmati cuaca sejuk dan panorama menarik.

Tetapi, negeri tersebut mengalami hujan lebat semasa musim tengkujuh mencetuskan banjir dan tanah runtuh.

Iklan

Video yang dikongsi di media sosial sejak beberapa hari lalu menunjukkan kenderaan dan bangunan dihanyutkan oleh sungai yang mengalir, pokok tumbang di atas kereta dan pelancong terkandas akibat penutupan jalan. - Agensi