Tanpa cincin kahwin, Natalie Portman berpisah

Iklan
Natalie dilihat tidak lagi memakai cincin perkahwinan ketika menghadiri sebuah acara di Sydney 4 Ogos lalu.

AKTRES Natalie Portman dilaporkan telah berpisah dengan suaminya, Benjamin Millepied setelah 11 tahun berkahwin.

Menurut sumber terdekat kepada US Weekly pada Isnin, kedua-duanya sudah berusaha untuk memperbaiki perkahwinan mereka pada awalnya, tetapi kecurangan Benjamin, 46, menjadikan keadaan semakin sukar.

Iklan
Iklan

Difahamkan Benjamin kini menjalinkan hubungan dengan seorang aktivis alam sekitar berusia 25 tahun, Camille Etienne.

Camille Etienne, wanita yang menjadi punca Natalie dan suaminya berpisah.

Spekulasi itu semakin kuat selepas Natalie, 42, dilihat tidak lagi menyarung cincin perkahwinannya semasa menghadiri satu acara di Sydney, Australia pada ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11, 4 Ogos lalu.

Iklan

Pasangan itu yang bertemu di set filem Black Swan pada 2010 dan berkahwin dua tahun kemudian dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Aleph, 12, dan Amalia, 6.