UMNO perlu tingkat usaha, pastikan satu hala tuju - Azalina

Iklan
Azalina - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk menuding jari, sebaliknya UMNO perlu meningkatkan usaha dalam memastikan penjajaran satu hala tuju iaitu bertunjangkan aspirasi perpaduan diperjelaskan lagi kepada anggota parti itu.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, gabungan perpaduan yang berjaya mengekalkan status quo di tiga negeri dan Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini bukan sebahagian daripada kerajaan negeri, sudah menjadi sebahagian daripada pembentukan kerajaan negeri.

Iklan
Iklan

"Sambil itu, kita juga akan ambil kira setiap maklum balas untuk BN meningkatkan prestasi, pendekatan dan pelaksanaan khidmat untuk rakyat di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut Azalina, beliau bersetuju bahawa Kerajaan Perpaduan perlu meneliti dan mempertingkatkan pemilihan calon, jentera, manifesto, polisi dan atur kerja kempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti.

Iklan

"Masa yang lebih panjang ini pasti akan memanfaatkan semua peringkat akar umbi dalam memastikan penjajaran serta kefahaman dapat dibentuk dengan lebih kukuh pada masa akan datang," katanya.

Beliau berkata, tempoh singkat lapan bulan sejak pembentukan gabungan perpaduan BN-Pakatan Harapan selepas berpuluh tahun di arena pilihanraya sebagai seteru politik, adalah ujian pertama kesefahaman gabungan ini dan ia berjaya dilalui dengan baik.

Iklan

Menurut Azalina ini diperkukuhkan lagi dengan angka diperoleh iaitu gabungan Perpaduan berjaya meraih 49.58 peratus iaitu 3,399,472 undi di keseluruhan enam negeri berbanding Perikatan Nasional yang ketinggalan 17,000 undi pada 3,382,455 (49.33 peratus). - Bernama