Perdana Menteri sementara Pakistan angkat sumpah

Iklan
Anwaar-ul-Haq Kakar (kiri) mengangkat sumpah selaku Perdana Menteri sementara Pakistan yang diadakan di istana presiden Aiwan-e-Sadr di Islamabad pada Isnin. - Foto: AFP

ISLAMABAD - Anwaar-ul-Haq Kakar pada Isnin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kerajaan sementara Pakistan, menurut Pakistan Television yang dikendalikan kerajaan, lapor Xinhua.

Presiden Arif Alvi menyelia upacara angkat sumpah jawatan dalam satu majlis yang diadakan di istana presiden Aiwan-e-Sadr di ibu negara Islamabad.

Iklan
Iklan

Majlis itu dihadiri bekas Perdana Menteri, Shahbaz Sharif, anggota kabinetnya, gabenor dan ketua menteri wilayah, senator, pemimpin politik, diplomat dan pegawai tinggi awam dan tentera.

Sebelum itu, pada Ahad, Shahbaz dalam ucapan perpisahan kepada negara menyatakan keyakinan perdana menteri sementara yang baharu dilantik akan memastikan pilihan raya yang bebas, adil dan telus di negara ini. - Bernama

Iklan

Iklan