Selangor menang besar di Paroi

Iklan
Orozco (dua dari kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika menentang Negeri Sembilan FC pada aksi Liga Super, Selangor menentang Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Isnin. - Foto: Bernama

SELANGOR FC mengukuhkan kedudukan di kelompok dua terbaik Liga Super selepas membelasah Negeri Sembilan FC, 4-0 dalam perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Isnin.

Anak buah Tan Cheng Hoe yang menguasai permainan memulakan kempen gol dengan jaringan Richmond Boakye Yiadom pada minit ke-27 untuk memimpin separuh masa pertama.

Iklan
Iklan

Separuh masa kedua menyaksikan Selangor yang mendominasi perlawanan mula menggandakan serangan bertali arus ke kawasan kubu Negeri Sembilan FC pimpinan K Devan.

Hasilnya penjaring terbanyak Selangor, Ayron Del Valle jelas agresif melebarkan kedudukan dengan gol kedua pada minit ke-59.

Iklan

Gol itu ternyata memotivasikan jentera serangan Gergasi Merah dengan melebarkan jaringan menerusi Yohandry Orozco pada minit ke-75 sebelum Harith Haiqal melengkapkan malam pesta jaringan minit ke-83.

Kemenangan itu menyaksikan Selangor memperkukuhkan cengkaman kedua terbaik liga dengan 46 mata setelah melakarkan 15 kemenangan, satu seri dan lima tewas selepas mengharungi 21 perlawanan.

Iklan

Negeri Sembilan pula kekal pada kedudukan sembilan dengan 21 mata selepas meraih empat kemenangan, sembilan seri dan tujuh tewas.