Kanak-kanak 6 tahun cedera didera bekas teman lelaki ibu

Iklan
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun cedera di bibir dan muka dipercayai didera bekas teman lelaki ibunya di sebuah rumah di kawasan Kampung Sinaran Baru, Kempas.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa yang berusia 25 tahun, mengenai kejadian itu kira-kira jam 10.39 pagi, semalam.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, susulan itu polis menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 29 tahun di sini, kira-kira jam 11.05 malam tadi.

"Kanak-kanak itu yang cedera di bibir dan muka, telah dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah bagi rawatan lanjut. Permohonan reman akan dibuat pada pagi ini di Mahkamah Johor Bahru," katanya dalam kenyataan hari ini.

Iklan

Kamarul Zaman berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan didenda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN : Budak tujuh tahun disyaki mangsa dera ibu bapa

Polis berkas ibu, kenalan wanita disyaki dera kanak-kanak

Budak 7 tahun didera: Jiran sering dengar jeritan, tangisan

Polis berkas ibu, kenalan wanita disyaki dera kanak-kanak

JKM kesan waris kanak-kanak mangsa dera

Budak mangsa dera terima rawatan sebelum diserah kepada waris

Iklan