CHELSEA sekali lagi memecahkan rekod perpindahan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menandatangani pemain tengah Ecuador, Moises Caicedo dari Brighton & Hove Albion dengan kontrak lapan tahun.
Butiran kewangan tidak didedahkan tetapi media Britain berkata, Chelsea akan membayar 115 juta pound (RM674.6 juta), mengatasi yuran rekod 106 juta pound yang dibayar kelab London itu untuk menandatangani pemain tengah Argentina, Enzo Fernandez dari Benfica pada Januari.
Iklan
Iklan
"Saya sangat teruja untuk berada di sini di kelab besar ini dan saya tidak perlu berfikir dua kali apabila Chelsea menghubungi saya, saya hanya tahu saya mahu menandatangani untuk kelab itu.
"Ia adalah impian yang menjadi kenyataan untuk berada di sini dan saya tidak sabar untuk bermula dengan pasukan ini," kata Caicedo.
Chelsea dilaporkan akan membayar pendahuluan £100 juta (RM587 juta) dengan tambahan £15 juta (RM88 juta) berdasarkan bonus persembahan.
Perjanjian itu ternyata satu keuntungan besar buat Brighton, yang mengikat Caicedo dari Independiente del Valle dengan hanya £4 juta (RM23.4 juta) pada tahun 2021.
Artikel Berkaitan