Tidak mustahil Putra masuk Johor

Iklan
Laporan Sinar Harian semalam.

JOHOR BAHRU- Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Mara (UTM), Dr Muhammad Fathi Yusof tidak menolak kemungkinan parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mampu menembusi Johor.

Menurutnya, meskipun bukan mudah namun dengan strategi terbaik parti itu boleh mencipta nama sebaris parti sedia ada.

Iklan
Iklan

"Memang tidak mudah, tapi jika ada usaha berterusan dan strategi terbaik maka ia boleh berjaya. Parti Menteri Besar Johor (Bersatu) hari ini pun parti yang baru," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Pendaftaran Putra yang diasaskan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali diluluskan Pendaftar Pertubuhan, kelmarin.

Iklan

Pada 17 Ogos tahun lalu, Ibrahim mengumumkan penubuhan Putra yang dikatakan untuk memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam pasca PRU14.

Muhammad Fathi berkata, masih terlalu awal untuk membuat sebarang jangkaan terhadap potensi Putra di negeri ini tanpa mengetahui dasar perjuangan,

Iklan

"Adakah parti ini mahu jadi benteng kepada Melayu, Bumiputera dan Islam seperti mana perjuangan Perkasa atau sebagai parti pemantau kerajaan.

"Kemudian perlu tahu siapa lagi tokoh politik yang akan terajui parti selain Ibrahim dan lihat sudut kerjasama sama ada dengan parti kerajaan atau pembangkang," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Putra pertimbangkan sertai PH atau BN