Quaker lantik Zahirah sebagai duta jenama baharu

Iklan
Zahirah dilantik menjadi duta Quarker Malaysia.

QUAKER Malaysia (Quaker) melantik selebriti Malaysia, Zahirah Macwilson sebagai duta rasmi jenama itu di Malaysia untuk memberikan inspirasi kepada rakyat di negara ini mengamalkan kehidupan dengan permakanan sihat.

Pengurus Pemasaran PepsiCo Malaysia, Debra Deyvitah berkata, pelantikan Zahirah Macwilson sebagai duta jenama tersebut kerana kesungguhan pelakon itu yang sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat di sebalik jadual padat telah mencerminkan semangat Quaker.

Iklan
Iklan

"Menerusi kerjasama ini, kami berharap untuk terus memperkasakan rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang lebih berkualiti dengan menerima kebaikan Quaker,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Zahirah berkata, sebagai peminat setia dan pengguna produk Quaker sejak sekian lama, pelakon itu sentiasa menggabungkan Quaker dalam pelan makanan hariannya.

Iklan

"Saya menggemari oat dan memilih Quaker kerana variasi produknya yang pelbagai telah memberikan tenaga yang berterusan untuk memastikan kekal aktif.

"Selain itu, ciri serba guna produk yang ditawarkan membolehkan saya mencuba pelbagai resipi berbeza sekali gus memberikan pengalaman yang menyeronokkan. Saya tidak sabar untuk berkongsi kegembiraan ini dan menikmati manfaat oat bersama-sama rakyat Malaysia,” katanya.

Iklan

Quaker mempunyai empat rangkaian produk utamanya iaitu Quaker Base Oats, Quaker tiga dalam satu Minuman Bijirin Oat, Quaker Multi-Grain dan Quaker Oat Cookies.

Quaker mengajak rakyat Malaysia untuk menyertai Zahirah yang menggabungkan kebaikan oat dalam hidangan harian mereka dan menerokai pelbagai cara untuk menikmatinya menerusi hidangan seperti Nasi Goreng Quaker, Onde-Onde Quaker Oats Cookies dan Nutty Fruity Oatmeal menerusi resipi yang tersedia di laman sesawang Quaker atau mengikuti instagram milik pelakon itu.