Tambang percuma myBAS buat OKU, warga emas dan pelajar sekolah

Iklan
Anthony (kanan) menunjukkan pas myBAS yang akan diberi kepada setiap pemohonngolongan sasar.

SEREMBAN - Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) menyediakan inisiatif tambang percuma 'myBAS Konsesi' bagi perkhidmatan bas henti-henti kepada golongan Orang Kurang Upaya(OKU), warga emas dan pelajar sekolah berusia tujuh hingga 17 tahun.

Menterinya, Anthony Loke Siew Foke berkata, inisiatif di bawah Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti (SBST) yang dikendalikan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) itu akan mula dilaksanakan di SBST Seremban, Ipoh dan Johor Bahru berkuatkuasa pada Selasa(15 Ogos).

Iklan
Iklan

"Golongan sasar warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk menerima manfaat tambang percuma ini terbuka kepada OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM), warga emas berumur 60 tahun dan ke atas serta kanak-kanak berumur tujuh hingga 17 tahun yang bersekolah di kawasan liputan perkhidmatan berkenaan,"katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengumumkan inisiatif berkenaan di Terminal 1, di sini pada Selasa.

Iklan

Menurutnya, mereka yang berkelayakan boleh mendaftar di kaunter perkhidmatan myBAS dengan membawa dokumen pengenalan diri.

Ujarnya, terdapat lima lokasi kaunter pendaftaran yang disediakan di Seremban, tujuh di Johor Bahru dan satu di Ipoh.

Iklan

"Prosesnya sangat mudah, mereka hanya perlu sekali saja buat pendaftaran dan akan diberi pas myBAS tetapi dikhendaki perbaharuinya setiap tahun bagi tujuan kemas kini maklumat.

" Bagi golongan OKU dan warga emas, kita akan tengok bagaimana untuk pemudahkan pendaftarannya supaya mereka tak perlu perbaharui kad setiap tahun dan," katanya.

Sehubungan itu beliau berharap ramai yang membuat permohonan bagi menerima manfaat berkenaan yang bertujuan meringankan beban mereka, malah tiada had ditetapkan.

Dalam pada itu beliau berkata, pihaknya juga bercadang memperluaskan pelaksanaan tambang percuma berkenaan ke negeri lain secara berperingkat.

"Sebelum ini kita dapati tak ramai golongan ini yang menggunakan perkhidmatan myBAS di tiga-tiga negeri terlibat.

"Tapi saya yakin bila kerajaan ambil inisiatif sediakan tambang percuma ini, ramai yang akan buat permohonan," katanya.