Integriti, kemahiran komunikasi kriteria pemilihan Pengarah JSJ - KPN

Iklan
Ayob (kiri) menyampaikan plak simbolik serah terima tugas kepada Mohd Shuhaily (kanan) disaksikan Razarudin (tengah) di Mess Pegawai Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Penelitian dari segenap aspek selain ciri keterampilan antara kriteria yang diteliti sebelum memilih individu sesuai memegang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, proses tersebut sekaligus menyebabkan pihaknya mengambil sedikit masa bagi memilih individu sesuai menjawat jawatan tersebut.

Iklan
Iklan

"Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain merupakan individu yang sesuai berdasarkan kebolehan serta kecemerlangan sepanjang perkhidmatan beliau dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang mana beliau sebelum ini merupakan Ketua Polis Daerah, Ketua Polis Pulau Pinang dan seterusnya Ketua Polis Kuala Lumpur.

"Kecemerlangan yang dipamerkan beliau dilihat memenuhi kriteria yang ditetapkan, termasuk dari segi integriti, pengalaman dan kemahiran komunikasi antara ciri-ciri diperlukan untuk memikul tanggungjawab ini," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Mess Pegawai Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada Selasa.

Katanya, selain Mohd Shuhaily, terdapat beberapa nama yang diberikan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Razarudin (dua dari kiri) memakaikan pangkat kepada Mohd Shuhaily (dua dari kanan) dalam Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Mess Pegawai Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada Selasa.

Iklan

"Pemilihan nama dibuat saya dan Timbalan Ketua Polis Negara (Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay) untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.

"Semua pengarah saya memang terbaik, itu saya tidak nafikan, masing-masing memberikan komitmen yang terbaik dalam melaksanakan amanah dan tugas diberi," katanya.

Menurutnya, dengan kebolehan serta kemahiran dimiliki Mohd Shuhaily, diyakini mampu memantapkan lagi JSJ.

"Kita lihat cabaran jenayah kini lebih ke arah jenayah baru seperti penipuan dalam talian dan sebagainya dan itu antara cabaran yang perlu beliau tempuhi.

"Saya yakin dengan integriti dimiliki Mohd Shuhaily mampu memastikan JSJ terus kekal cemerlang dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan," katanya.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memulakan tugas sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah(JSJ) Bukit Aman yang baharu secara rasmi pada Selasa.

Mohd Shuhaily mengisi kekosongan jawatan tersebut yang sebelum ini disandang oleh Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, bermula 23 Jun lalu.

Sesi serah terima tugas itu disampaikan oleh Ayob Khan dan disaksikan Razarudin.