DUBAI - Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Amal di Emiriah Arab Bersatu (UAE) meminta semua penduduk di Burj Khalifa setinggi 163 tingkat dan bangunan pencakar langit lain untuk mengambil perhatian terhadap perbezaan waktu berbuka puasa yang bergantung kepada tingkat kediaman mereka.
Sejak beberapa tahun lalu, penduduk yang tinggal di bangunan pencakar langit di Dubai perlu menunggu enam minit lebih lama untuk berbuka berbanding mereka yang menetap di kawasan lain.