PRN: Siasatan polis menjurus kes kad pengenalan palsu

Iklan
Tan Sri Razarudin Husain

KUALA LUMPUR - Siasatan berkaitan kes melibatkan kad pengenalan ketika pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini menjurus kepada kad pengenalan palsu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kes melibatkan kad pengenalan ini bukan satu kes baharu sebaliknya ia turut berlaku ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Iklan
Iklan

"Setiap kali hari pengundian pasti akan berlaku kejadian atau insiden sebegini, setakat ini siasatan awal mendapati ia lebih menjurus kepada kad pengenalan palsu.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Mess Pegawai Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada Selasa.

Iklan

Sebelum ini media melaporkan sebanyak 94 laporan polis diterima berhubung kesalahan salah guna kad pengenalan diterima pada hari mengundi pada PRN baru-baru ini.

Razarudin berkata, laporan tertinggi kesalahan itu di Selangor sebanyak 48 kes, diikuti Pulau Pinang (20), Negeri Sembilan (enam), Kelantan (dua) dan sembilan kes masing-masing di Kedah serta Terengganu.

Iklan