BACHOK - Seorang penyeludup sanggup meredah hujan lebat untuk melarikan diri ke dalam semak selepas perbuatannya membawa minyak diesel dipercayai untuk tujuan penyelewengan berjaya dihidu pihak berkuasa pada Isnin.
Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, suspek memandu kereta jenis Proton Saga Aeroback disyaki membawa bersama minyak diesel di dalam tong-tong jerikin.
Iklan
Iklan
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail berkata, semasa melakukan rondaan anggota bertugas telah mengesan seorang lelaki memandu kereta dalam keadaan mencurigakan di sekitar Jalan Jelawat, di sini dipercayai membawa muatan minyak diesel.
"Menyedari diekori, suspek dalam keadaan cemas memecut kenderaannya sejauh 5 kilometer (km).
Menurut beliau, hasil pemeriksaan menemui 750 liter minyak diesel dengan nilai rampasan anggaran sebanyak RM1,600.
Ujarnya, KPDN Kelantan sentiasa mempertingkatkan tugasan penguatkuasaan serta Op Tiris bagi membanteras aktiviti penyelewengan barang kawalan di negeri ini dari semasa ke semasa.
Azman memberitahu, operasi tersebut juga mendapat kerjasama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Tok Bali dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok.