Bayi mangsa cuai kini trauma, takut dengan orang dewasa

Iklan
Farah Dayana (tengah) bersama suaminya, Muhamad Rashideen ketika ditemui di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Selasa.

JOHOR BAHRU - Bayi perempuan yang menjadi mangsa kecuaian seorang pengasuh taska di Taman Mutiara Rini di sini, kini didakwa trauma dan sering ketakutan apabila melihat orang dewasa yang tidak dikenalinya.

Ibunya, Farah Dayana Izzati Mohamed Nasir, 26, berkata, kelakuan dan perubahan anak tunggalnya itu yang berusia sembilan bulan dapat dilihat semasa berada di sebuah taska baharu.

Iklan
Iklan

"Pada masa ini, anak saya itu hanya serasi dengan seorang pengasuh, dia seperti takut dan tidak mahu dengan orang lain," katanya ketika ditemui di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa.

Terdahulu Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa menjatuhkan hukuman denda RM40,000 ke atas Shahira A'shiqin Sulaiman, 28, selepas mengaku bersalah atas dakwaan bertindak cuai yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap dua bayi pada Mac lalu.

Iklan

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim terhadap tertuduh selepas wanita itu mengekalkan pengakuan bersalah bagi dua pertuduhan yang dihadapinya pada 21 Mei lalu.

Perbuatan tersebut dilakukan di Jalan Utama 34, Taman Mutiara Rini di sini, kira-kira jam 1 tengah hari, Mac lalu.

Iklan

Dalam pada itu, Farah Dayana berkata, dia dan suami, Muhamad Rashideen Khamisan, 26, berpuas hati dengan keputusan mahkamah.

Dia yang bekerja sebagai guru berharap kejadian itu menjadi pengajaran kepada semua pihak.

Pada 15 Mei lalu, tular dalam media sosial dua video berdurasi 48 saat dan 39 saat memaparkan seorang wanita mengasari seorang bayi.

Tindakan wanita itu mengundang marah netizen selepas dilihat memukul bayi yang sedang menangis itu dengan menepuk kepala bayi terbabit.

Malah, wanita yang kelihatan marah kerana bayi itu menangis turut meniup muka bayi terbabit sehingga menyebabkan bayi itu seperti sukar bernafas.

ARTIKEL BERKAITAN:

Pengasuh didakwa cuai, boleh sebabkan dua bayi cedera

Mahkamah tangguh jatuh hukum pengasuh taska cuai

Pengasuh taska didenda RM40,000, cuai jaga dua bayi