PUTRAJAYA - Pencapaian cemerlang DAP menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu lepas membawa mesej penerimaan pengundi Melayu terhadap parti itu yang selama ini diselubungi persepsi negatif, kata Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming.
DAP memenangi 46 daripada 47 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi di empat negeri iaitu Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah dalam PRN yang lalu.