Angkat sumpah MB Terengganu

Iklan
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan watikah pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu kepada Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Istiadat Perisytiharan Pelantikan Menteri Besar dan Melafaz Sumpah Jawatan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu di Istana Syarqiyyah di Chendering, hari ini.



Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua di Istana Syarqiyyah di Chendering, hari ini.

Ahmad Samsuri, 53, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang, melafazkan sumpah memegang jawatan tersebut di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada pukul 3.18 petang.

Iklan
Iklan

Ahmad Samsuri akan menerajui pentadbiran negeri setelah gabungan PAS dan Bersatu memenangi kesemua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu pada pilihan raya negeri Sabtu lepas.