Filem Rahsia raih kutipan RM2.2 juta lima hari tayangan

Iklan
Watak Ramlah yang dijayakan oleh Noor Kumalasari dalam versi asal, kini dilakonkan oleh Nabila Huda. - Foto Astro Shaw

FILEM reboot Rahsia berjaya mengaut kutipan RM2.2 juta selepas lima hari ditayangkan

Berita itu dimaklumkan menerusi akaun Instagram rasmi Astro Shaw pada Selasa.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah filem seram Rahsia berjaya mendapat kutipan sebanyak RM2.2 juta dalam masa lima hari tayangan.

"Terima kasih kepada semua. Jom ramai-ramai kita serbu panggung untuk membongkar Rahsia,” maklum hantaran berkenaan.

Iklan

Dengan kutipan tersebut, ini membuktikan filem tempatan masih mendapat sokongan daripada peminat yang menginginkan filem berkualiti.

Sebelum ini, filem terbitan Astro Shaw dan Five Star Trading mendapat pujian pengarah Aziz M Osman.

Iklan

Selain Aziz, Rahsia juga sebelum ini mendapat pujian daripada personaliti media sosial antaranya Imran Bard dan Azfar Heri.

Imran menyifatkan jalan cerita Rahsia sebagai berbeza berbanding filem seram Malaysia yang lain.

Rahsia mendapat sentuhan pengarah berbakat, Shamyl Othman iaitu anak kepada sutradara asal naskhah Rahsia 1987, Othman Hafsham.

Manakala skrip pula dihasilkan oleh creator drama premium Astro, One Cent Thief iaitu Alfie Palermo.

Seperti versi asal Rahsia yang membariskan pelakon terkenal negara, versi reboot turut menampilkan wajah-wajah popular.

Watak Ramlah yang dijayakan oleh Noor Kumalasari, kini dilakonkan oleh Nabila Huda. Manakala, watak Hamdan oleh Shukery Hashim digerakkan oleh Fikry Ibrahim.

Barisan pelakon lain termasuk Eman Manan, Marsha Milan, Rashidi Ishak, Qistina Raisah, Syed Ali Murtadha, Mislina Mustaffa, Aloy Paradoks serta Nabil Zakaria di samping penampilan istimewa Othman Hafsham dan Susan Lankester.

Rahsia membawa tagline Dia Takkan Pergi manakala lagu berjudul Alunan Lara adalah lagu tema rasmi Rahsia yang dinyanyikan oleh Njwa.