120 pekerja kilang perabot tinggal dalam bilik sempit

Iklan
Keadaan tempat penginapan pekerja yang dibina menggunakan papan nipis dalam sebuah gudang di kawasan Perindustrian Bukit Rambai di sini, pada Selasa.

MELAKA - Seramai 120 pekerja kilang perabot warga Bangladesh yang tinggal dalam bilik sempit, terbongkar selepas Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Melaka melakukan operasi di sebuah gudang di kawasan Perindustrian Bukit Rambai,di sini, pada Selasa.

Pengarahnya, Johana Bakar berkata, pemeriksaan mendapati, mereka bukan sahaja tinggal dalam kawasan daif bahkan laluan ke bilik di tingkat atas hanya beralaskan papan lapis.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ini kesalahan kali kedua majikan terbabit yang gagal menyediakan penginapan selamat terhadap pekerjanya.

Johana melihat keadaan bilik air yang berlumut ketika operasi itu.

Johana berkata, disebabkan kedegilan majikan, pihaknya mengambil tindakan dengan mengeluarkan empat kompaun keseluruhan berjumlah RM65,000 di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

Iklan

"Kawasan penginapan ini memang dapat kelulusan pelan dari pihak berkuasa tempatan (PBT) namun, sejak dikompaun sebanyak RM20,000 pada tahun 2020 majikan telah membina penginapan sementara dengan tidak mengikut pelan asal.

"Dalam operasi ini kita dapati majikan menempatkan 120 pekerja di sini, sedangkan siasatan kita lakukan penempatan ini hanya boleh memuatkan seramai 80 pekerja sahaja," katanya.

Iklan
Seorang pekerja warga Bangladesh tidak boleh berdiri dalam bilik tidur yang disediakan majikan.

Tambahnya, selain itu keadaan lantai bilik airsedia ada turut tidak diselenggara dengan berlumut dan boleh mengundang bahaya kepada pekerja di situ.

"Antara kesalahan yang dilakukan majikan di bawah Seksyen 24K, Seksyen 24L, Seksyen 24J dan Seksyen 24D kerana tiada pengakuan penginapan," katanya.