DAP perlu lebih kerap perjelas pegangan kepada orang Melayu

Iklan
Ahmad (tengah) pada sidang akhbar selepas sesi tinjauan dan program ramah mesra bersama MSSD Pontian di SMK Tan Sri Osman Mohd Sa’at, pada Selasa.

PONTIAN - Pemimpin DAP perlu lebih kerap menyatakan pegangan parti itu terhadap Perlembagaan Persekutuan agar orang Melayu dan ahli UMNO tidak keliru.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, empat perkara termaktub dalam perlembagaan itu ialah Islam adalah agama Persekutuan, kedudukan raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Iklan
Iklan

"Sekarang ini isu dimainkan tentang kekalahan BN pada PRN lalu, dua perkara iaitu kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan hubungan dengan DAP.

"Disebabkan itu, saya harap pimpinan DAP perlu menjelaskan lebih kerap mereka sudah berpegang kepada empat perkara dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Iklan

Ahli Parlimen Pontian itu berkata demikian pada sidang akhbar selepas sesi tinjauan dan program ramah mesra bersama Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Pontian di Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Osman Mohd Sa’at, pada Selasa.

"Saya tahu perkara ini sudah ada di dalam deklarasi DAP pada 2012 dan Deklarasi DAP@50 pada 2016. Dalam deklarasi itu, DAP menyatakan sokongan terhadap Islam, Melayu, Raja dan bahasa Melayu.

Iklan

"Bagaimanapun, hal tentang sokongan ini tidak sampai kepada pemimpin di peringkat akar umbi, ahli UMNO dan orang Melayu. Satu dua ceramah tidak cukup penjelasan lebih kerap perlu diberikan.

"Saya sudah dengar ceramah Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, saya sendiri ada di pentas yang sama. Dia ada sebut DAP tidak diharamkan kepada DAP mendukung Perlembagaan Persekutuan yang terasnya empat perkara ini," ujarnya.

UMNO sekali lagi berdepan dengan penolakan orang Melayu selepas keputusan enam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu menyaksikan parti Melayu itu hanya memenangi 19 daripada 108 kerusi yang ditandingi.

Ia susulan dipercayai tindakan parti itu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) terutama DAP dalam pembentukan Kerajaan Persekutuan.

Menurut penganalisis politik, Mohammad Tawfik Yaakub perkara itu dilihat diterjemahkan secara jelas, bukan sahaja ahli-ahli UMNO yang mengundi Perikatan Nasional (PN), malah majoriti pengundi Melayu yang kecewa dengan tindakan UMNO untuk bersekongkol dengan PH.