Lelaki disimbah air panas oleh bapa kandung

Iklan
Mangsa mendakwa ia kejadian kedua yang menimpa dirinya.

GEORGETOWN - Seorang lelaki melecur di muka dan sebahagian badan selepas disimbah air panas oleh bapa kandungnya sendiri kerana menuntut wang insurans perlindungan diri.

Mangsa berusia 35 tahun itu disimbah air panas oleh bapanya yang berusia 66 tahun di hadapan sebuah rumah di Jalan Kaki Bukit Gelugor di sini, dua hari lalu.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, kejadian berlaku pada jam 6.30 petang, 7 Mei lalu.

Menurutnya, dalam kejadian itu, mangsa yang tidak bekerja itu telah meminta wang tuntutan insurans perlindungan daripada bapanya setelah ibunya meninggal dunia pada 2005 lalu.

Iklan

"Sejak mangsa kecil, ibunya telah membeli insurans perlindungan sebagai simpanan untuk mereka sekeluarga. Namun, setelah beberapa tahun selepas ibu mangsa meninggal dunia, insurans tersebut telah matang untuk dibuat tuntutan.

"Tuntutan wang tersebut telah dibuat bapanya yang kemudiannya telah mengagihkan kepada semua anak-anaknya kecuali mangsa. Mangsa yang merupakan anak bongsu dari empat beradik itu mendakwa, bapanya sering memberi pelbagai alasan setiap kali dia meminta wang tuntutan berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Iklan

Tambahnya, pada 7 Mei lalu, mangsa telah ke rumah abangnya di sebuah pangsapuri di Gelugor untuk meminta wang bahagiannya berjumlah RM30,000.

"Ketika itu, berlaku pertengkaran kerana bapanya enggan membuka pintu besi. Bapanya yang berada dalam rumah tersebut telah menunjukkan wang RM10 dari tingkap. Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa telah pergi ke tingkap tersebut.

"Tiba-tiba bapa mangsa menyimbah air panas ke arah mukanya dan turut terkena pada sebahagian badannya. Mangsa yang dalam kesakitan terus ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Mangsa mengalami melecur di muka dan bahagian dada namun tidak serius," katanya.

Che Zaimani berkata, mangsa mendakwa kejadian itu merupakan kali kedua dilakukan bapanya.

"Susulan laporan polis dibuat mangsa, polis telah menahan bapanya semalam untuk siasatan. Hasil soal siasat, suspek yang bekerja sebagai penjual udang di Pasar Pulau Tikus itu mengakui melakukan perkara itu.

"Suspek dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu tindakan selanjutnya. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan orang," katanya.