Salah beri lampu hijau kepada Al Ittihad

Iklan
Mohamed Salah FOTO: AFP

BINTANG sensasi Liverpool Mohamed Salah memberi bayangan bersedia menyertai kelab Liga Pro Saudi, Al Ittihad menurut stesen penyiaran Qatar Alkass.

Laporan Qatar Alkass, penyerang Mesir itu dijangka menyertai The Tigers berpusat di Jeddah yang ditubuhkan pada 1927 tersebut dengan kontrak dua tahun.

Iklan
Iklan

"Pemain antarabangsa Mesir Mohamed Salah memberikan lampu hijau kepada Al Ittihad untuk berunding dengan Liverpool.

Perkhabaran itu menimbulkan persoalan sama ada perkara tersebut berkait dengan Salah terkilan dengan tindakan pengendali The Reds, Jurgen Klopp sebelum ini.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, penyerang sensasi The Reds itu digantikan pada minit ke-77 ketika Liverpool seri 1-1 menentang Chelsea di Stamford Bridge dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Ahad.