Lelaki hina Agong diberkas

Iklan
Mohd Shuhaily

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditahan dipercayai memuat naik hantaran berunsur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerusi laman Facebook pada Selasa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah(JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, suspek berumur 43 tahun itu juga dipercayai memuat naik hantaran tersebut menggunakan akaun @SamBanjar Perak.

Iklan
Iklan

"Suspek dipercayai memuat naik hantaran hasutan yang mendatangkan kecenderungan penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong.

"Suspek kini direman empat hari bagi siasatan lanjut berkaitan kes tersebut," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Iklan

Katanya, kes ini disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian D5, JSJ Bukit Aman.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Iklan

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan terutamanya membabitkan isu 3R yang merujuk agama, bangsa dan institusi diraja dan menjadi pengguna media sosial yang bijak dan berhemah," katanya.