Pesawat bawa wang tunai AS$5.6 juta, 127.2kg emas dirampas

Iklan
Gambar hiasan.

LUSAKA, Zambia - Pihak berkuasa Zambia pada Selasa mengumumkan rampasan pesawat persendirian yang membawa wang tunai AS$5.6 juta, 602 kepingan emas dan lima pucuk pistol dengan 126 butir peluru, lapor Anadolu.

10 orang, termasuk enam warga Mesir, seorang Belanda, seorang Sepanyol, seorang Latvia seorang penduduk tempatan ditahan untuk siasatan lanjut.

Iklan
Iklan

Bercakap kepada media, Ketua Pengarah Suruhanjaya Penguatkuasaan Dadah Nason Banda berkata pesawat sewa itu, yang terbang dari Kaherah, Mesir, membawa"barangan berbahaya," mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kenneth Kaunda di ibu negara Lusaka kira-kira 7 malam waktu tempatan pada Isnin.

"Bertindak atas maklumat, kami bersama pegawai pelbagai agensi penguatkuasaan menjalankan serbuan mendorong rampasan wang tunai sebanyak AS$5.7 juta, lima pistol, tujuh magazin (untuk memuatkan peluru), 126 butir peluru, 602 kepingan emas seberat 127.2 kilogram (280 paun) dan peralatan penyukat emas,” jelas Banda.

Iklan

Beliau berkata, pesawat di mana barang-barang itu ditemui dan sebuah lagi pesawat milik syarikat penerbangan tempatan juga dirampas.

Banda berkata, wang itu telah diletakkan dalam simpanan selamat Bank Zambia sementara siasatan berhubung perkara itu diteruskan. - Bernama

Iklan