TikTok saluran terbaik beri inspirasi - Anas Zahrin

Iklan
Barisan finalis yang tercalon untuk TikTok Award.

AHLI perniagaan popular, Anas Zahrin menyifatkan laman terkemuka bagi video mudah alih berformat pendek, TikTok, sebagai saluran terbaik untuk memberi inspirasi kepada masyarakat.

Ujarnya, TikTok bukan sahaja mencipta ruang kepada mereka yang berbakat mencipta kandungan menghasilkan video pendek, tetapi juga memberi peluang kepada mana-mana individu yang ingin meniaga dan menjana pendapatan.

Iklan
Iklan

"TikTok antaranya menjadi satu platform baru untuk sesiapa sahaja menjana pendapatan dan juga saluran terbaik memberi inspirasi kepada orang lain menerusi penghasilan video yang berkualiti," katanya kepada Sinar Harian.

Anas berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media dan pelancaran TikTok Awards di Kuala Lumpur pada Selasa.

Iklan

Pada acara yang bakal berlangsung 27 Ogos depan, Anas tercalon dalam kategori TikTok Shop Creator of the Year bersama lima finalis lain iaitu @tangsiewsiang, @vicky.littlewolf, @dapur_mahir, @watermummy_oe dan @dearcarynn.

Pada majlis sama, pengacara popular, Sherry AlHadad, Amelia Henderson dan Izzue Islam akan bergabung sebagai pengacara pada malam kemuncak itu, manakala Sissy Iman bersama personaliti TikTok Ceddy bertindak selaku pengacara karpet merah.

Iklan

Penyanyi Neeta Manis akan bergandingan dengan Jaa Suzuran sebagai pengacara di belakang pentas.

TikTok Awards buat julung kali dianjurkan di Malaysia akan diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur.

Bagi meraikan acara terbesar berkenaan, Sinar Harian akan bekerjasama sebagai media strategik untuk menyokong dan meraikan kejayaan pencipta kandungan yang kreatif, memberi inspirasi dan pendidikan.

Anugerah ini akan dibahagikan kepada Pilihan Juri (Judge's Pick) dan Pilihan Popular (People's Choice).

Bagi Pilihan Juri, para calon dipilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan dan keputusan akan dibuat oleh sebuah panel eksekutif termasuk Pengurus Besar Operasi & Pemasaran TikTok, Asia Tenggara, Angga Anugrah Putra.

Untuk Pilihan Popular, TikTok akan membuka undian untuk orang awam, dan para peminat boleh menunjukkan sokongan mereka dengan mengundi pencipta kegemaran mereka.

Undian umum bagi tujuh kategori iaitu Creator of the Year, Rising Star of the Year, Popular Creator of the Year, Popular Animation Account of the Year, Celebrity of the Year, Live Creator of the Year and TikTok Shop Creator of the Year boleh dibuat bermula dari 15 Ogos hingga 26 Ogos, jam 11:59 malam menerusi https://vt.tiktok.com/ZSL9kXUe5/.