Fendy Bakry takut salah baca tajwid al-Quran

Iklan
Pelakon, Fendy Bakry

PELAKON meningkat naik, Fendy Bakry, mengakui lakonannya sebagai Abdullah menerusi drama bersiri terbaharu amat berat.

Menurut Mohd Affandi Nor Bakri atau lebih dikenali Fendy Bakry, 30, meskipun bukan kali pertama berlakon watak ustaz namun dibimbangi bacaan al-Quran salah dan mengundang komen negatif penonton.

Iklan
Iklan

"Pernah juga ada berlakon watak macam itu menerusi drama Kerna Syurga Bukan Percuma, cuma dari segi karakter dan jalan ceritanya berbeza.

"Memang mencabar watak kali ini sebab saya takut pembacaan tajwid saya pada al-Quran salah dan nanti ramai yang akan komen negatif.

Iklan

"Mungkin mereka akan bercakap dah tahu kenapa tak study? Jadi, perkara itu membuatkan saya rasa berat," ujarnya kepada Sinar Harian.

Selain Fendy, drama Imaan arahan Yusry Abdul Halim, terbitan Global Station Sdn Bhd itu, pelakon hebat lain terdiri daripada Nora Danish, Remy Ishak, Wan Sharmila dan ramai lagi.

Iklan