Pencuci mulut harga Rahmah

Iklan
Sepasang suami isteri lulusan Diploma Ukur Tanah dari Politeknik Ungku Omar, di Ipoh Perak, tekad beralih bidang apabila membuka perniagaan kek dan krep bagi menampung ekonomi keluarga.

Mohd Roslan Ibrahim, 31, dan Teh Samrose Mahasan, 31, berkata bidang perniagaan yang diceburi sejak 2018 itu membuahkan hasil memberangsangkan.

Ibu bapa kepada tiga cahaya mata ini mengambil keputusan menjual kek dan pelbagai pencuci mulut pada harga Rahmah iaitu RM1 untuk dinikmati pelanggan pada hampir setiap petang, sejak seminggu lalu, di gerai mereka di Bercham.