De Bruyne mungkin berehat panjang

Iklan
De Bruyne (tengah) mengalami kecederaan hamstring ketika City menentang Burnley Sabtu lalu. Foto EPA.

KHABAR duka buat kem Manchester City apabila pemain sensasi mereka, Kevin De Bruyne mungkin terpaksa berehat panjang akibat kecederaan hamstring.

Perkara itu didedahkan oleh pengendali The Citizens, Pep Guardiola yang mendakwa jadual Liga Perdana Inggeris (EPL) padat tidak memberikan pemain peluang berehat secara mental atau fizikal.

Iklan
Iklan

Pemain tengah itu terhencut-hencut ketika City meraih kemenangan 3-0 ke atas Burnley pada aksi pertama EPL Sabtu lepas.

"Jika buat pembedahan, saya rasa perlu masa antara tiga sehingga empat bulan untuk pulih,” ujar Guardiola.

Iklan

De Bruyne pernah mengalami kecederaan sama pada aksi final Liga Juara-Juara lebih dua bulan lalu ketika The Citizens mengalahkan Inter Milan untuk muncul juara Eropah buat kali pertama.

Pemain berusia 32 tahun itu menyertai senarai pemain berprofil tinggi yang mengalami kecederaan pada awal musim.

Iklan

Christopher Nkunku dari Chelsea terpaksa menjalani pembedahan lutut kerana kecederaan yang dialami semasa perlawanan persahabatan pra-musim di Chicago.

Pemain pertahanan baharu Arsenal bernilai 40 juta pound (RM235.6 juta), Jurrien Timber dan gandingan Aston Villa, Tyrone Mings serta Emi Buendia kesemuanya dilaporkan mengalami kecederaan.

"Cuba lihat semua kecederaan ligamen cruciate yang dialami pemain di liga utama pada permulaan musim ini. Pemain tidak dapat berehat sama ada secara fizikal atau mental,” ujar Guardiola.