Pihak berkuasa Australia dakwa lelaki punca pesawat MAS berpatah balik

Iklan
Suspek ditenangkan kru kabin. - Agensi

SYDNEY - Seorang warga Australia didakwa pada Selasa selepas membuat ancaman bom palsu ke atas MH122 hingga memaksa pesawat Malaysia Airlines itu berpatah balik gara-gara kekecohan ditimbulkan lelaki tersebut.

Polis Persekutuan Australia (AFP) mengesahkan individu berusia 45 tahun itu turut berdepan pertuduhan tidak mematuhi arahan keselamatan kru kabin dan membuat kenyataan palsu untuk merosakkan pesawat berkenaan.

Iklan
Iklan

"Lelaki berkenaan cuba menakut-nakutkan penumpang lain apabila dia mendakwa terdapat ‘bahan letupan’ di dalam beg galas yang dibawanya.

"Langkah kecemasan terpaksa diambil kerana gangguan ketika penerbangan tersebut,” ujar jurucakap AFP.

Iklan

Menurut laporan AP, warga Canberra, Muhammad Arif Ali enggan muncul dalam perbicaraan menerusi video di mahkamah Sydney selama hampir tiga jam, selepas enggan meninggalkan selnya.

Dia kemudian dilaporkan dipaksa keluar dari sel oleh Majistret Greg Grogin.

Iklan

Peguam bela suspek, Mostafa Daoudie dilaporkan memberitahu Grogin bahawa Muhammad Arif, warganegara Pakistan-Australia, mempunyai masalah mental yang serius dan tidak berada dalam keadaan fikiran yang waras ketika kejadian itu berlaku.

Muhammad Arif ditahan selepas Majistret enggan membenarkan dia diikat jamin.

Ketika insiden itu, pesawat yang membawa 199 penumpang bersama 12 kru menuju ke Kuala Lumpur dilaporkan mendarat dengan selamat di Sydney pada jam 3.45 petang (waktu tempatan) pada Isnin.

Lelaki tersebut berdepan hukuman maksimum penjara 10 tahun serta denda lebih A$15,000 (RM44,993) jika sabit kesalahan. - Agensi

ARTIKEL BERKAITAN:

Pesawat MH122 terpaksa berpatah balik akibat 'gangguan' penumpang

Penumpang MH122 dipindahkan ke penerbangan seterusnya - Malaysia Airlines

Penumpang bikin kecoh dalam pesawat MAS kena tahan

Penerbangan MH122 berpatah balik: Lelaki didakwa selepas cetus gangguan

Zarul Umbrella puji kru kendali gangguan dalam pesawat MH122