Ruhainies dah bersedia nak bertunang

Iklan

PELAKON, Ruhainies memberitahu dia sudah bersedia untuk fasa seturusnya iaitu bertunang.

Menurut Ruhainies atau nama lengkapnya Nur Ruhainies Farehah Zainul lyas, hubungan cinta dengan kekasih yang juga merupakan seorang ahli perniagaan di London itu semakin serius.

Iklan
Iklan

"Dulu saya tak pernah nak keluarkan kenyataan saya ada boyfriend.

"Tapi pada kali ini kerana dia begitu istimewa dan kami sama-sama serius serta jujur, malah berkongsi apa sahaja yang dilakukan setiap hari.

Iklan

"Untuk itu, kami pun ada juga merancang untuk ke fasa seterusnya," kata pelakon Anugerah Cinta Aisyah itu kepada mStar Online.

Atas kepercayaan penuh, Ruhainies tidak berasa takut bercinta jarak jauh dengan kekasih hatinya yang ketika ini mahu dikenali sebagai Mr.E.

Iklan

"Dia seorang yang tampan, baik hati, setia, penyayang dan sangat pentingkan keluarga.

"Bahkan, dia juga bukan sejenis yang bergaul dengan perempuan dan kebanyakan kawan-kawan dia lelaki.

"Selain itu, kami selalu berhubung, jadi tidaklah saya risau ataupun takut. Yang penting kami saling mempercayai," ujarnya yakin.